terima.KASIH :)

2014/07/15

sambung JOM


assalamualaikum :)

#terimakasih Allah

jom sambung..

rini cikgu punya cerita nak bgtau yang perubahan kimia plop ada 2 pesen (dua jenis :)

cikgu pilih endothermik dulu deh

ENDOTHERMIK

perkataan thermik dulu...korang kene paham asal dari perkataan termal yang bawa maksud haba..

bila perkataan ini disambung dengan endo

jadi sekarang cikgu nak cakap maksud endo

ENDO

cikgu nak awk ingat spendo (o oo) sorry ye...pinjam utk mudah ingat

spendo tu kan kat dalam 
maka cikgu nak awak ingat endo menyerap haba masuk ke dalam
itu je

contoh:

awak ada air bersuhu 39 c

bila awak masukkan logam (cikgu bagi contoh logam ni namanya A)
tetiba suhu air tu turun jadi 25 c
bermakna bahan A td telah serap suhu air
jadi bahan A boleh dikatakan mengalami perubahan kimia endothermik
faham???

manakala untuk EKSOTHERMIK

awak hanya perlu ingat demo ni terbalik dari endothermik

contoh >>

suhu awal air 25c
bila masuk logam (cikgu bagi nama logam B sebagai contoh)
tetiba suhu air jadi naik ke 39 c
bermakna bahan B td telah bebaskan suhu
jadi bahan B boleh dikatakan mengalami perubahan kimia eksothermik 

:) done

*****

logam-logam ni ada yang jenis mudah bertindak balas
ada yang lambat

bagi yang cepat bertindak balas kita panggil logam reaktif
bagi yang lambat pulak kita panggil logam tak reaktif

saintis dulu ada wat uji kaji siap dan ringkaskan dalam satu siri yang kita kenal SIRI KEREAKTIFAN LOGAM

nak ingat senang kalu kita cuba rekakan jadi satu cerita
boleh guna cerita korang sendiri
cikgu share cerita cikgu

K >> kalau               kalium
N >> nak                 Natrium
K >> Kahwen          kalsium
M >> Mesti              Magnesium
A >> ada                  Aluminium
K >> kursus            Karbon
Z >> zina                   zink
H >> haram               hidrogen
B >> bagi                  besi
T >> tiap                   timah
P >> pelajar               plumbum
K >> kita                  kuprum

koho bawah koho kurang reaktif


..ha...korang bolehlaaa...mula ingat sikit5..paling2 tidak atas dari karbon...
ingat ium ium ium tu duk atas dari karbon..bleh???  :)


orait

kat sini cikgu nak royak plop beza logam yang reaktif dan yang tak bila kita buat uji kaji ke atas demo ni

cikgu gi dulu apabila logam2 ini kita temukan dengan air


contoh

Mg + H2O ------>> MgOH + H2

korang tengok.. Mg tu maknanya magnesium
cikgu ambik logam magnesium

cikgu buh air iaitu H2O

air ni kita boleh pecah dia jadi H + OH
jadi Mg tadi dia akan ambik OH air apabila kita campur demo ni
yang tinggal H saja

oleh sebab itu 

apabila kita tindak balaskan Mg dengan air akan terhasilah magnisium hidroksida dan gas hidrogen

paham dop sini???

kene paham hak atas ni dulu...

bila dah paham

cikgu nak gtau korang kalau logam kita guna kan tu reaktif gas hidrogen akan banyak terhasil
manakala
kalau kita guna logam yang kurang reaktif 
gas hidrogen sikit jah terhasil
bergantung kepada kereaktifan logam itu

jadi soalan cikgu..
antara magnesium dengan aluminium
mana lagi banyak hasilkan hidrogen kalu kenekan dengan air???


No comments:

Post a Comment