terima.KASIH :)

2014/07/17

paham dok ni???

assalamualaikum :)
anak2 cikgu paham tak sesi sebelum ni??

kalu tak...baca balik..tanya...cikgu sedia untuk anda

kalu dah...jom proceed

sekarang cikgu nak cite plak kalau logam ni dikenakan dengan asid..

contoh asid yang akan kita guna adalah asid sulfurik (HSO4) atau boleh jugak guna asid hidroklorik (HCl)

cuba tengok ni

Mg + HSO4 ----->> MgSO4 + H  (*tolong abaikan persamaam yang tidak sama)


2014/07/16

buat cik fiza

cikgu cuba terang untuk awak paham

  1. awak tau tak yang mg tu logam??
  2. Mg tu cikgu bagi satu contoh logam
  3. awak boleh tukar jadi logam2 lain
  4. mg ni bila kita temukan dengan air
  5. dia cam seorang laki yang boleh pilih dua perempuan
  6. air bagi dua pilihan
  7. samada mg nak hidrogen (h) ke nak hidroksida (oh)
  8. magnesium pilih oh
  9. jadi tinggallah h sesorang
  10. h kan mmg kita tau dia sejenis gas
contoh

kalau cikgu tukar guna Natrium

jadi gini

Na + H20 ------------>> NaOH + H


mmg logam akan pilih OH

got me??


2014/07/15

sambung JOM


assalamualaikum :)

#terimakasih Allah

jom sambung..

rini cikgu punya cerita nak bgtau yang perubahan kimia plop ada 2 pesen (dua jenis :)

cikgu pilih endothermik dulu deh

ENDOTHERMIK

perkataan thermik dulu...korang kene paham asal dari perkataan termal yang bawa maksud haba..

bila perkataan ini disambung dengan endo

jadi sekarang cikgu nak cakap maksud endo

ENDO

cikgu nak awk ingat spendo (o oo) sorry ye...pinjam utk mudah ingat

spendo tu kan kat dalam 
maka cikgu nak awak ingat endo menyerap haba masuk ke dalam
itu je

contoh:

awak ada air bersuhu 39 c

bila awak masukkan logam (cikgu bagi contoh logam ni namanya A)
tetiba suhu air tu turun jadi 25 c
bermakna bahan A td telah serap suhu air
jadi bahan A boleh dikatakan mengalami perubahan kimia endothermik
faham???

manakala untuk EKSOTHERMIK

awak hanya perlu ingat demo ni terbalik dari endothermik

contoh >>

suhu awal air 25c
bila masuk logam (cikgu bagi nama logam B sebagai contoh)
tetiba suhu air jadi naik ke 39 c
bermakna bahan B td telah bebaskan suhu
jadi bahan B boleh dikatakan mengalami perubahan kimia eksothermik 

:) done

*****

logam-logam ni ada yang jenis mudah bertindak balas
ada yang lambat

bagi yang cepat bertindak balas kita panggil logam reaktif
bagi yang lambat pulak kita panggil logam tak reaktif

saintis dulu ada wat uji kaji siap dan ringkaskan dalam satu siri yang kita kenal SIRI KEREAKTIFAN LOGAM

nak ingat senang kalu kita cuba rekakan jadi satu cerita
boleh guna cerita korang sendiri
cikgu share cerita cikgu

K >> kalau               kalium
N >> nak                 Natrium
K >> Kahwen          kalsium
M >> Mesti              Magnesium
A >> ada                  Aluminium
K >> kursus            Karbon
Z >> zina                   zink
H >> haram               hidrogen
B >> bagi                  besi
T >> tiap                   timah
P >> pelajar               plumbum
K >> kita                  kuprum

koho bawah koho kurang reaktif


..ha...korang bolehlaaa...mula ingat sikit5..paling2 tidak atas dari karbon...
ingat ium ium ium tu duk atas dari karbon..bleh???  :)


orait

kat sini cikgu nak royak plop beza logam yang reaktif dan yang tak bila kita buat uji kaji ke atas demo ni

cikgu gi dulu apabila logam2 ini kita temukan dengan air


contoh

Mg + H2O ------>> MgOH + H2

korang tengok.. Mg tu maknanya magnesium
cikgu ambik logam magnesium

cikgu buh air iaitu H2O

air ni kita boleh pecah dia jadi H + OH
jadi Mg tadi dia akan ambik OH air apabila kita campur demo ni
yang tinggal H saja

oleh sebab itu 

apabila kita tindak balaskan Mg dengan air akan terhasilah magnisium hidroksida dan gas hidrogen

paham dop sini???

kene paham hak atas ni dulu...

bila dah paham

cikgu nak gtau korang kalau logam kita guna kan tu reaktif gas hidrogen akan banyak terhasil
manakala
kalau kita guna logam yang kurang reaktif 
gas hidrogen sikit jah terhasil
bergantung kepada kereaktifan logam itu

jadi soalan cikgu..
antara magnesium dengan aluminium
mana lagi banyak hasilkan hidrogen kalu kenekan dengan air???


2014/07/07

bab 5 tingkatan 4 sains

assalamualaikum..
  #kerana Allah ilmu menyatukan kita :)


maaf sayang-sayang cikgu
lama sangat doh x update walaupun ada yang request
cikgu anda sedang merawat diri menjadi lebih baik :)


atas request cik aleesya..
bab lima ting 4 sains dipersembahkan.... tadaaa.... :)

tajuk bab 5 tingkatan 4
tenaga dan perubahan kimia


straight to the point


dalam bab ni anda akan didedahkan pada jenis-jenis perubahan

perubahan ni ada dua jenis


kita cite pasal perubahan fizik dulu deh
fizik
apa makna fizik
fizik boleh ditakrif sebagai bahan yang berubah hanya pada luaran sahaja 
tidak melibatkan kimia dia

contoh

sekeping kertas ----->> direnyukkan

ini dikatakan perubahan fizik sebab hanya berubah pada sifat luaran. sifat kimianya masih sama
*sifat kimia ni cam jiwa dia. jenis unsur dia 


contoh lagi

air -------->>> ais

juga dikatakan air mengalami perubahan fizik sebab bentuk dia je yang berubah


contoh lagi-lagi

ketulan logam -------->>> kepingan logam

masih perubahan fizik

*****************************************************************

berbalik kepada perbahan kimia plop
perubahan kimia pulak berlawanan dengan perubahan fizik
kata perubahan fizik tidak berubah pada sifat kimianya

tapi

perubahan kimia berubah pada sifat kimianya

contoh

kertas ---------------->>> kertas dibakar jadi abu

kan dah berubah sifat dia...jirim dia..

contoh lagi

magnesium ------------->>>  kene bakar

sebarang logam kene bakar pastinya jadi logam oksida
bila dah ada nama oksida compem la berubah unsur dia.

latihan untuk sayang2 cg :)


akhir sekali, cg tinggalkan sep awak dengan ringkasan ini 

perbezaan perubahan kimia dan fizik