terima.KASIH :)

2014/06/20

tips ringkasan buat student f1 2 dan 3

RINGKASAN
Tips :
1.       Pelajar dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.
2.       Markah diperuntukkan sebanyak 20 markah
Isi – 10 markah
Bahasa – 10 markah
3.       Baca dan faham arahan dengan teliti
4.       Baca petikan
Gugurkan ayat yang perlihatkan pertindihan makna
Gariskan semua isi penting berdasarkan soalan (sekurang-kurangnya 5 + 2 isi)
Huraian dan contoh perlu ditinggalkan
5.       Bina ringkasan
Tulis ayat baru dalam satu perenggan sahaja
Tidak memerlukan pendahuluan atau penutup
Tulis dengan kemas
Kira jumlah perkataan tidak melebihi 80 patah perkataaan
Tulis jumlah perkataan di bahagian kanan selepas jawapan
Ingat!! Jangan salin ayat bulat-bulat dan jangan ubah kesemua perkataan kerana bimbang maksudnya terpesong.
6.       Semak kesalahan ejaan dan tanda baca.

Jadual menulis ringkasan
                …kata tugasan dari kehendak soalan… ialah/adalah ….isi pertama…. . Selain itu, ….isi ke dua….. . Seterusnya, ………………..isi ke tiga…………. . Selanjutnya, ………….. isi ke empat…………. .Pada masa yang sama, ……………………….isi ke lima…………. . Di samping itu, ………………………..isi ke enam……………….. . Akhir sekali, …………….. isi ke tujuh……………….

Contoh jawapan
  Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahliSelain itupemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatSeterusnyanota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapiSelanjutnyaada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci.Pada masa yang samanota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukanAkhir sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.


                                                                                                                                                   (80 patah perkataan)

2014/06/05

persediaan

assalamualaikum

*indahnya bertemu dan berpisah kerana DIA

hanya kerana minat, sayang, cinta

jom berseminar di sekolah lama :)

sebelum tu mesti bersedia

antara persediaan untuk seminar sains SPM di jerimbong :)