Tips :
1.
Pelajar dikehendaki
meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi tidak
melebihi 80 patah perkataan.
2.
Markah diperuntukkan
sebanyak 20 markah
Isi – 10 markah
Bahasa – 10 markah
3.
Baca dan faham arahan
dengan teliti
4.
Baca petikan
Gugurkan ayat yang perlihatkan pertindihan makna
Gariskan semua isi penting berdasarkan soalan (sekurang-kurangnya 5 + 2
isi)
Huraian dan contoh perlu ditinggalkan
5.
Bina ringkasan
Tulis ayat baru dalam satu perenggan sahaja
Tidak memerlukan pendahuluan atau penutup
Tulis dengan kemas
Kira jumlah perkataan tidak melebihi 80 patah perkataaan
Tulis jumlah perkataan di bahagian kanan selepas jawapan
Ingat!! Jangan salin ayat bulat-bulat dan jangan ubah kesemua perkataan
kerana bimbang maksudnya terpesong.
6.
Semak kesalahan ejaan dan
tanda baca.
Jadual menulis ringkasan
…kata tugasan dari
kehendak soalan… ialah/adalah ….isi pertama…. . Selain itu, ….isi
ke dua….. . Seterusnya, ………………..isi ke tiga…………. . Selanjutnya, …………..
isi ke empat…………. .Pada masa yang sama, ……………………….isi ke lima…………. . Di
samping itu, ………………………..isi ke enam……………….. . Akhir sekali, ……………..
isi ke tujuh……………….
Contoh jawapan
Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat
bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain
itu, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkat. Seterusnya, nota
hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Selanjutnya, ada
rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan
terperinci.Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat
disusun mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua
ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir
sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja
setiap ahli kumpulan.
(80 patah perkataan)